Islamic Widget

Followers

Wednesday, August 15, 2012

Wahai Ramadan

Sekian lama blog ini ditinggalkan. akhrinya diberi ilham dan peluang semula untuk mengaktifkannya semula.

Wahai Ramadan

Wahai Ramadan,
Bulan yang penuh barakah,
Menjadi madrasah tarbiah yang terbaik,
Penuh dengan kegembiraan dengan kehadirannya.

Wahai Ramadan,
Bulan yang turunnya Al-Quran,
Bulan yang mempunyai hari bersamaan 1000 bulan,
Bulan yang banyak kelebihan.

Wahai Ramadan,
Penghulu segala bulan
Di nanti-nantikan oleh setiap umat Islam,
Untuk memanfaatkan kelebihan yang ada.

Wahai Ramadan,
Kini tinggal berape hari sebelum dikau pergi,
Masa yang berlalu terasa amat singkat,
Ibarat baru berape hari ku berpuasa tapi rupanya Ramadan dah nak pergi.

Wahai Ramadan,
Pemergian mu amat menyedihkan,
Dapatkah lagi ku temui mu,
Sesungguhnya aku amat gembira bersama mu,
Wahai ramadan.

Ya ALLAH ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, dosa sahabat-sahabat dan dosa muslimin serta muslimat. Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah banyak melakukan dosa sama ada yang ku sedari ataupun yang tidak ku sedari. Ampunilah aku dan terimalah amal ibadat ku wahai ALLAH yang Maha Melihat dan Maha Mendengar. ALLAH yang Maha Penyayang bantuilah aku agar istiqamah beribadah kepada-MU. ALLAH yang Maha Menghidup dan Mematikan, panjangkanlah usiaku agar dapat ku bertemu dengan Ramadan pada tahun hadapan. Ya ALLAH, cucuri rahmat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda serta sahabat Baginda. Amin.