Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Saturday, April 30, 2011

Cinta tapi malu

♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Ku rasa ku telah jatuh cinta padamu.

Tapi aku takut kalau cintaku terhadap Allah semakin pudar.

Kalau boleh ku nak dia tahu bahawa ku mencintai dirinya.

Tapi ku rasa ku masih baru lagi mengenali dirinya.

Ku rasa ku masih tidak layak mencintai seseorang.

Kerana ku mahu menyintai Allah sepenuh hatiku terlebih dahulu.

Ku amat gembira apabila ku mengenali dirinya.

Tapi ku malu untuk menyatakan perasaan ku kepadanya.

Jika dia membaca coretan ku ini moga dia mengetahui.

Biarlah diriku dan Allah sahaja mengetahui siapakah si dia buat masa ni.

♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Malu itu sebahagian daripada iman.

Malu untuk melakukan dosa,

dan tak malu melakukan amar makruf nahi mungkar

Friday, April 29, 2011

Cinta yang kekal abadi

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Aku ingin mencintaiMU setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Sering kali ku melakukan kesilapan dan kesalahan.
Sering kali ku tanamkan dalam hati agar ku dapat mengubah diriku.
Sering kali ku berdoa tapi sering kali ku melakukan kesalahan semula.
Sesungguhnya ku telah banyak melakukan dosa, ampunilah diriku yang Allah.
Setiap saat yang diberikan kepada ku akan ku manfaatkan dengan mengingatiMU.
Semoga ku dapat bertemu dengan Allah iaitu kekasih yang kekal abadi.

Cinta yang diimpikan

"...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

Amin..."

Semoga ku bertemu dengan kekasihku yang sering mengingatiku kepada-Nya. Kekasih yang tidak melalaikan ku terhadap perintah-Nya. Ku dambakan cinta yang sentiasa saling mengingati Allah. Iaitu orang yang mampu membantuku agar mencintai Allah lebih daripada segalanya.

Berbahagialah Menjadi Seorang Muslimah

Berbahagialah Menjadi Seorang Muslimah

Bismillah ..

Ada kaum wanita berkata .., “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini:

...1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??

Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…

makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:

Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:

Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.

Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:

Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :

Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang

fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…

demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?

Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?

masih tak menjaga jaga aurat??

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!! ...

Wednesday, April 27, 2011

Waktu..

Suatu hari di sebuah klinik di ibu kota, kelihatan seorang datuk yang berumur dalam lingkungan 60-an datang dengan tergesa-gesa. Nafasnya tercungap-cungap. Dia segera mendaftar diri dan kemudian duduk untuk menunggu gilirannya.

Tidak lama kemudian... si datuk berjalan menghampiri kaunter di hadapan dan bertanya pada gadis yang menjaga kaunter,"Nak, sekarang pesakit nombor berapa? Bila saya boleh jumpa doktor?" "Tunggu saja encik, anda akan dipanggil mengikut giliran," jawab si gadis manis yang menjaga kaunter.

Mendengar jawapan tersebut datuk itu pun kembali duduk bersama-sama dengan pesakit lain yang juga menunggu giliran untuk dipanggil. Selang beberapa minit, datuk itu kelihatan sangat gelisah, sekejap-sekejap dia melihat jam dinding dan kemudian dia mula mundar-mandir seolah tidak sabar menanti. Sekali lagi dia menghampiri kaunter dan bertanya "Lambat lagi ke nak?" "Ya! Tunggu saja," jawab gadis yang menjaga kaunter.

Kejadian itu menarik perhatian tiga orang pelajar yang juga sedang menunggu di situ. Salah seorang berkata kepada dua orang rakannya, "Atuk tu nampak gelisah dan tak sabar kan? Dah tua macam tu bukannya ada apa-apa kerja pun... Itu pun tak boleh sabar.... tunggu je la."

Seorang kawannya mencelah, "Ha ah, kalau dah tua macam tu, buat apa nak cepat-cepat sangat. Bukannya kena kejar pergi kerja pun. Lagipun klinik ni kan lambat lagi tutup, awal lagi ni."

Kawan yang ketika hanya mendengar tanpa memberikan apa-apa respons. Dalam hatinya, timbul rasa kasihan dan simpati kepada datuk itu.

Tanpa disangka, datuk tersebut mendengar perbualan pelajar-pelajar tersebut. Dia menghampiri mereka lalu menyapa ramah, "Cu, atuk terdengar apa yang kamu cakap pasal atuk."

Terpegun seketika para pelajar tersebut. Sambung atuk itu lagi, "Memang atuk kurang sabar menunggu kat sini. Atuk dah tua, tak banyak masa lagi untuk buat benda-benda yang belum sempat atuk lakukan. Sebab inilah atuk tak sabar menunggu."

Terdiam para pelajar tadi. Mereka mengangguk-angguk kerana terpegun mendengar penerangan orang tua itu. Mereka meminta maaf. Dalam hati mereka tersemat semangat, "Aku akan menggunakan masaku sepenuhnya sebelum masa menjadi suntuk."

Daripada kisah di atas kita dapat mengambil iktibar bahawa umur manusia tidak dapat dianggarkan dengan tepat. Kita tidak tahu saat kita akan dijemput pulang. Oleh itu, manfaatkanlah waktu yang tinggal dengan perkara yang berfaedah walau di mana pun kita berada.

Al-`Asr:001
وَالْعَصْرِ
Demi masa.

Al-`Asr:002
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

Al-`Asr:003
إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Monday, April 25, 2011

Andai Ku Miliki Dirimu

Andai Ku Miliki Dirimu

Andai ku miliki dirimu,
ku tidak akan melepaskanmu,
ku akan menjaga hati dan perasaanmu.

Andai ku miliki dirimu,
itulah saat yang paling indah dalam hidupku,
pasti sukar untuk ku melupakan saat tersebut.

Andai ku miliki dirimu,
ku akan cuba menjadi yang terbaik untuk dirimu,
kerana ku ingin dirimu sentiasa bersama diriku.

Andai ku miliki dirimu,
ku akan pastikan batas antara kita terjaga,
kerana ku ingin kita berkekalan sehingga ke jannah.



Andai ku miliki dirimu,
ku ingin dirimu menjadi seindah-indah perhiasan,
ku ingin dirimu menjadi muslimah yang solehah.



Dalam mencintai seseorang ku tidak mahu cintaku pada Allah itu pudar walaupun sedikit. Biarlah cintaku pada Allah semakin hari semakin bertambah. Kerana cinta pada Allah adalah cinta yang kekal abadi.
Ku lebih rela kehilangan kekasih daripada kehilangan Allah.
Ku lebih rela kehilangan kekasih daripada kehilangan keluarga.
Ku lebih rela kehilangan kekasih daripada kehilangan sahabat baik.
Untuk mendapatkan sahabat baik yang boleh memahami dan melayan kerenah ku lebih sukar daripada ingin mendapatkan seorang kekasih.



Sekian sahaja buat hari ini. Akan ku upadate lagi pada hari yang akan datang dengan tajuk yang lain pula. Teruskan la follow saya. Assalamualaikum.

Friday, April 22, 2011

Belajar..



Assalamualaikum.
Kita seharusnya berniat bahawa kita belajar adalah kerana Allah bukan kerana nak jadi pandai atau sebab dipaksa oleh ibu bapa. Firman Allah: Al-An`aam:162: Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.
Sesungguhnya, belajar itu juga adalah satu ibadat. Pergi belajar samalah dengan menghadiri majlis ilmu.



Tapi, adakalanya kita rasa belajar ini suatu yang membebankan. Kita perlu banyak bersabar dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu amat penting. Untuk berjaya di dunia kita kenalah menuntut ilmu dan untuk berjaya di akhirat kita kenalah banyakkan beribadat kepada Allah.



Setelah kita sudah belajar sesuatu perkara kita kenalah amalkan dan praktikkan supaya kita tidak lupa apa yang telah kita belajar. Lagi bagus kalau kita ajar kawan kita sebab dapat menguatkan lagi ingatan kita terhadap apa yang kita belajar dan dapat pahala yang berterusan jika kawan kita amalkan apa yang kita ajar.
Semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Thursday, April 21, 2011

Kerinduan kepada Rasulullah

Rindunya Bilal Bin Rabah kepada Rasulullah.

BILAL BIN RABAH : “KULITNYA HITAM, HATINYA PUTIH”
Di mana sahaja kita berada di pelusuk dunia, pasti akan ada orang yang mengenali Bilal Bin Rabah. Kelahirannya dari bumi Habsyah, mengikut riwayat lain, dari negara hijaz.

Kulitnya berwarna hitam, ternyata hatinya putih berseri dengan basuhan wudu’ yang tidak pernah diabaikannya sejak keislamannya. Terbukti dengan kisah Isra’ dan Mikraj Nabi SAW yang mendengar tapak kakinya di dalam syurga, walhal beliau masih hidup di bumi yang maha fana’.

“Wahai bilal, apakah amalan yang kamu tidak pernah tinggal? Sesungguhnya Aku mendengar tapak kakimu sudah berada dalam syurga” Nabi SAW bertanya setelah pulang dari perjalanan Isra’ dan Mikraj.

Bilal menjawab, “Aku tidak akan melakukan azan melainkan aku akan solat dua rakaat. Apabila aku berhadas, pasti aku akan berwudu’, selepas itu, aku akan menunaikan solat dua rakaat”.

Beliau menjadi hamba kepada seorang tokoh besar kafir, Umayyah bin Khalaf. Seorang yang sangat membenci Islam. Berani dengan orang lemah, tetapi takut dengan orang yang berkuasa.

Semasa bilal masih hamba, berita keislaman bilal menyebabkan dia menjadi berang, sehingga sanggup menyeksa bilal sezalim-zalimnya. Dia menelanjangkan bilal, lalu mencampakkan tubuh yang tidak seurat benang itu ke
padang pasir yang kepanasan. Di letakkan batu yang berat di dada bilal, sehingga sendat penafasan Bilal. Tidak dapat dilafaz, melainkan “ahad, ahad dan ahad” sahaja, sebagai tanda ketauhidan bilal terhadap Allah SWT.

Abu Bakar As-Siddiq melihat kezaliman Umayyah yang sudah sampai ke tahap luar dari peri kemanusiaan, malah peri kebinatangan, menyebabkan Abu Bakar telah membeli Bilal, malah memerdekakannya.

Bilal terselamat dari seksaan Umayyah, tetapi kejahatan Umayyah tidak berhenti sekadar itu, malah berterusan pula dilakukan terhadap keluarga Ammar bin Yasir sehingga berlaku pembunuhan terhadap bapa Ammar, Yasir dan ibunya, Sumayyah binti Al-Khayyat.

Umayyah yang jahat dibunuh Bilal dalam peperangan Badar, waimma pada asalnya, dia tidak mahu terlibat dalam peperangan badar tersebut. Dia sudah menjangkakan, kehadirannya dalam peperangan badar akan menyebabkan dia berketemu dengan Bilal.

Tidak mahu terlibat dalam peperangan badar, memperlihatkan kekecutan Umayyah yang dilihat berani dihadapan hamba-hamba yang lemah. Uqbah bin Abi Muayyit memperlekeh Umayyah dengan menggambarkan Umayyah seperti perempuan.

Diambilnya setanggi wangian, diperasapkan dihadapan Umayyah seraya berkata, ”wangian setanggi akan melekat kepada tubuh kamu wahai Umayyah. Ini menandakan, kamu sebenarnya tidak jantan, tetapi adalah wanita” Abu Muayyit ketawa terbahak-bahak.

Bagai dipelempang ke muka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Abu Muayyit itu, menyebabkan Umayyah terlibat juga dalam peperangan Badar yang merupakan perang yang terakhir dia sertai, seterusnya berjumpa dengan tuhan yang maha memberi keadilan.

Umayyah terbunuh dalam peperangan badar dengan tetakan pedang yang dilakukan oleh Bilal. Sebelum tetakan terkena lehernya, kelihatan diwajahnya rupa ketakutan, tidak seperti bilal yang diseksanya dahulu.

Sejak Islam Bilal, beliau terlalu rapat dengan Nabi SAW. kulitnya yang hitam, tidak pernah dijadikan perasaan ’geli geleman’ dalam hati nabi untuk menjadikannya sebagai sahabat yang rapat.

Di saat azan disyariatkan, Bilal yang menyebut kalimah ”ahad, ahad dan ahad” dikala awal keislamannya yang diseksa oleh kuffar, dilantik oleh Nabi SAW sebagai Muazzin (baca : tukang azan). Perlantikan yang membawa satu pengiktirafan terhadap keimanan dan keislaman bilal sehingga ke hari ini.

Selepas kewafatan Nabi, Bilal bersedih hati yang teramat sangat. Beliau tidak sanggup melihat maqam Nabi SAW. Apabila dilihat ke Makam nabi, pasti matanya tidak disedari menitiskan air.

Tidak sanggup menahan kerinduan, dia berjumpa dengan Abu Bakar As-Siddiq yang baru dilantik menjadi Khalifah untuk meminta izin untuk berpindah ke negara lain. dia tidak bersedia untuk menjadi muazzin di saat Nabi SAW tidak dapat dilihat lagi.

Dengan pujukan dan rayuan, Abu bakar As-Siddiq memintanya kekal sebagai muazzin. Dengan berat hati dan bertanggungjawab, tidak sanggup dia menolak permintaan Abu bakar As-Siddiq yang menyelamatkannya dari seksaan Umayyah bin Khalaf di awal Islamnya dahulu.

Di awal pemerintahan Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah, permintaan yang sama diajukan oleh Bilal. Permintaan itu dimakbulkan oleh Umar.

Dia berhijrah ke
Syria. Tinggal di sana, meneruskan sisa hidup dengan berdakwah dan berjihad. Dia tidak mengabaikan tugasan dakwah yang ditarbiyyah oleh Rasulullah SAW.

Semasa di
syria, dia telah bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW.

“Wahai Bilal, apakah kamu tidak merinduiku? Apakah kamu tidak mahu menziarahiku?” soal Nabi Muahmmad SAW dalam mimpi bilal.

Sedar dari mimpi, bilal kesedihan. Kerinduannya terhadap Nabi semakin meluap-luap. Air matanya mula menitis. Dia terus berazam, akan ke Madinah; menziarahi kubur Nabi SAW sebagai cara untuk menghilangkan kerinduannya terhadap Rasulullah SAW.

Sesampai di Madinah, Bilal terus meluru ke kubur Nabi SAW. Melihat kubur nabi, hatinya sudah tidak tertahan lagi, dia menekup mukanya, kelihatan air mata menitis lebat.

Dia berjumpa dengan cucunda Nabi SAW; hasan dan Husain. Dia memeluk dan mencium kedua-duanya.

Dalam suasana kesedihan itu, Hasan dan Husain berkata, “Pak Cik bilal, kami terlalu ingin mendengar azan kamu”

Pemintaan dua cucunda Nabi SAW itu tidak dihampakan. Beliau naik di atas menara masjid nabawi dan berdiri. Beliau pun memulakan laungan azan.

“Allahu akbar, Allahu akbar... Allahu Akbar, Allahu Akbar” laungan pertama menyebabkan madinah kegamatan. Ramai rakyat madinah terkejut. Mereka keluar dari rumah masing-masing.

Apabila sampai laungan, “Asyahadu Anna muhammad Rasulullah” kegamatan madinah itu telah bertukar dengan kedengaran tangisan manusia.

Tangisan yang berpunca, cari kerinduan mereka terhadap nabi SAW. kerinduan bersama kekasih Allah yang merupakan seorang pemimpin yang tercinta.

Semasa bilal di Syria, beliau tidak dilantik menjadi muazzin. Lagipun, sebarang permintaan terhadap beliau untuk jawatan tersebut, pasti akan ditolak.

Di saat Umar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah menziarahi Syria. Memandangkan orang syria tidak pernah mendengar azan laungan bilal, mereka berjumpa dengan Umar, meminta agar Umar memohon untuk Bilal melaungkan azannya.

Awalnya, permohonan umar itu ditolak, tetapi setelah diminta, waimma untuk satu solat sahaja, maka bilal pun akur.

Bilal naik di atas menara, dan memulakan laungan azannya. Sahabat-sahabat Nabi SAW yang berada di Syria menangis mendengar azan bilal tersebut, sedang orang yang paling keras menangis ketika itu adalah Umar bin Al-Khattab sendiri.

Inilah bilal bin Rabah, seorang sahabat yang tidak mempunyai rupa yang cantik, tetapi perjuangannya dalam memenangkan dan mengembangkan Islam ternyata ikhlas, malah terbukti diterima oleh Allah SWT semasa hidup beliau lagi.

Beliau meninggal dunia di Syria sewaktu umurnya 70. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 hijriah. Mengikut riwayat lain, beliau meninggal dunia pada tahun 21 hijriah.

Tahun 20 Hijriah. Bilal terbaring lemah di tempat tidurnya. Usianya saat itu 70 tahun. Sang istri di sampingnya tak bisa menahan kesedihannya. Ia menangis, menangis dan menangis. Sadar bahwa sang suami tercinta akan segera menemui Rabbnya.

“Jangan menangis,” katanya kepada istri. “Sebentar lagi aku akan menemui Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatku yang lain. Jika ALLAH mengizinkan, aku akan bertemu kembali dengan mereka esok hari.” Esoknya ia benar-benar sudah dipanggil ke hadapan Rabbnya. Pria yang suara langkah terompahnya terdengar sampai surga saat ia masih hidup, berada dalam kebahagiaan yang sangat. Ia bisa kembali bertemu dengan sosok yang selama ini ia rindukan. Ia bisa kembali menemani Rasulullah, seperti sebelumnya saat masih di dunia.

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mencintai dan merindui Rasulullah seperti Bilal bin Rabah ini? Renung-renungkanlah sejauh mana anda mencintai dan merindui Rasulullah.

Tuesday, April 19, 2011

RASULULLAH S.A.W. SUAMI CONTOH

RASULULLAH S.A.W. SUAMI CONTOH

Kebahagiaan keluarga merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang. Melalui keluarga akan nanti melahirkan ulama, cendiakawan, usahawan atau pimpinan yang unggul.

Suami dalam keluarga memainkan peranan penting dalam memimpin seisi keluarga. Melalui kepimpinan suami itulah mempengaruhi kejayaan dan kebahagiaan sebuah keluarga.

Bagaimanakah ciri-ciri suami yang berjaya?

Bagi menjawab persoalan ini kita perlu menyelusuri sirah Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami yang berjaya malah Baginda mempunyai ciri-ciri suami idaman seluruh wanita.

Ciri-ciri tersebut termasuk:

1- Menyayangi isteri dengan sepenuh hati

Rasulullah s.a.w. menyayangi Khadijah r.a. dengan sepenuh hati kerana isterinya merupakan satu nikmat Allah terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda amat menyayanginya kerana:

* Khadijah tinggal bersama Baginda selama suku abad dan mereka sama-sama merasai saat-saat suka duka.
* Dia membantu Baginda ketika suasana yang getir dan sukar.
* Dia sama-sama membantu Baginda menyebarkan risalah Allah.
* Dia menyertai Baginda dalam jihad menegak agama Allah.
* Dia mengorbankan kepentingan diri dan harta bendanya.
* Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia, Khadijah beriman denganku ketika orang ramai mengkufuriku, dia mempercayaiku ketika orang ramai mendustakanku, dia berkongsi denganku harta bendanya ketika orang ramai menghalangku.” (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 6/118)

2- Romantik

Rasulullah s.a.w. juga merupakan seorang yang romantik. Bagaimana romantiknya Rasulullah?

* Tidur bersama isteri dalam satu selimut – Daripada Atha’ bin Yasar: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a., selalu mandi bersama dalam satu bekas. Dan pernah suatu ketika Baginda tidur dengan Aisyah dalam satu selimut, tiba-tiba Aisyah bangun. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangun?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid wahai Rasulullah,” Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah dan pakaikan kain dan dekatlah kembali kepadaku.” Aisyah pun masuk, lalu berselimut bersama Baginda.” (Riwayat Sa’id bin Manshur)
* Saling memakaikan wangian – Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyakkan badannya, Baginda akan memulai dengan auratnya, menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isteri Baginda meminyakkan bahagian lain daripada tubuh Rasulullah s.a.w.” (Riwayat Ibnu Majah)
* Mandi bersama isteri – Daripada Aisyah r.a. beliau berkata, “Aku pernah mandi bersama Nabi s.a.w., menggunakan satu bekas. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bekas tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
* Minum menggunakan bekas yang sama – Daripada Aisyah r.a. dia berkata, “Saya pernah minum daripada cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum. Kemudian saya mengambil cawan tersebut lalu menghirup airnya, kemudian Baginda mengambilnya daripada saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur)
* Membelai isteri – “Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah berlalu setiap hari melainkan Baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama (bersetubuh) sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di sana.” (Riwayat Ahmad)
* Mencium isteri – Daripada Hafshah, puteri Umar r.ha. : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad)
* Berbaring di pangkuan isteri – Daripada Aisyah r.a., “Nabi s.a.w. meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian Baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abdurrazaq)
* Panggilan mesra – Rasulullah s.a.w. memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Humaira‘ (si pipi merah delima).
* Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra – Nabi s.a.w. memicit hidung Aisyah r.ha. sekiranya dia marah dan Baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan.” (Riwayat Ibnu Sunni)
* Memberi hadiah – Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata, “Ketika Nabi s.a.w. berkahwin dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya aku hendak memberikan hadiah kepada Raja Najasyi sepersalinan pakaian dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui bahawa Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata, “Benarlah keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikan kepada isteri-isterinya sebotol minyak kasturi, manakala baki daripada minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda beri kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad)

3- Menghormati dan menjaga perasaan isteri

Rasulullah s.a.w. merupakan seorang suami yang sentiasa menghormati dan menjaga perasaan isterinya. Suatu ketika, ketika Rasulullah hendak melaksanakan solat malam, Baginda mendekati isterinya Aisyah. Aisyah berkata: “Di tengah malam Baginda mendekatiku dan ketika kulitnya bersentuhan dengan kulitku Baginda berbisik, “Wahai Aisyah, izinkan aku untuk beribadah kepada Tuhanku.”

4- Tidak berkasar dan berlemah lembut dengan isteri

Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. bahawa pada suatu hari salah seorang isterinya datang dengan membawa makanan untuk dikirimkan kepada Rasulullah yang sedang berada di rumah Aisyah. Tiba-tiba Aisyah dengan sengajanya menjatuhkan makanan itu sehingga piring tersebut pecah dan makanannya jatuh berderai. Melihat sikap Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berkasar dengan Aisyah sebaliknya dengan lemah lembutnya Baginda meminta Aisyah menggantikan makanan tersebut.

5- Membantu isteri

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.ha. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah s.a.w. sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Demikianlah beberapa contoh bagaimana Rasulullah s.a.w. menunjukkan akhlak yang sangat mulia. Kepulangan Rasulullah s.a.w. ke rumah bukan sekadar untuk beristirehat dan bermesra dengan ahli keluarganya sahaja. Bahkan, Baginda di rumahnya juga adalah untuk membantu isterinya menguruskan rumah tangga. Inilah yang Baginda lakukan walaupun mempunyai tugas dan tanggungjawab di luar rumah.

Kesimpulannya, kita perlu mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda tersebut. Sesibuk-sibuk kita, tidak seperti sibuknya Rasulullah s.a.w. Setinggi-tinggi pangkat kita di tempat kerja, tidaklah setinggi pangkat dan darjat Rasulullah s.a.w. Maka apakah yang menghalang kita daripada membantu meringankan tugas dan urusan isteri kita di rumah?

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah s.a.w. sebagai seorang suami terhadap isterinya. Maka sebagai seorang suami, contohilah sikap Baginda ini ketika bermuamalah bersama isteri. Manakala buat para isteri, ingatkan suami anda tentang ciri-ciri suami idaman. Semoga berbahagia bersama pasangan anda!

(Nurjeehan: Semoga bertemu cinta hakiki di-dunia & Insya Allah, biar sampai ke Jannatul Firdausi – “Ya Allah perindahkanlah akhlak ku seperti mana indahnya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…. Amin” )

Monday, April 18, 2011

HUKUM BERSALAM

HUKUM BERSALAM DENGAN YANG BUKAN MAHRAM

Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan mahram bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.

APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?
Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan mahram yang sudah dewasa bukan dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Perlu diberi perhatian.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, Rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.
Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan mahram menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan mahram menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam
atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan.

Dari Abdullah bin Amr bin al-Asr. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan denganperempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Dalil kedua, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i)

Dari Ma'qil bin Yasaar katanya, "Rasulullah telah bersabda: "Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya)." (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih).

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: "Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah
melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya."

Rasulullah juga bersabda: "Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)" (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid).

Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

BENARKAH DISANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?
Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita. Ya,
dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita.

Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan mahram ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram.

Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini
membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!.

KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?
Jawapanya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM.

Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan mahram ke tidak?!

Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan." (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa'i)

Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka! Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama
kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri!
Kamu marah orang baca qunut selalu waktu yang sama kamu sendiri mengkafirkan umat islam selalu! Kamu marah orang bertalqin tetapi kamu menyokong industri muzik haram
dan bank riba!

Di mana amanah?! di mana laungan sunnah?!

Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan mahram ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta!

NASIHAT
Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram..

Saturday, April 16, 2011

Cintaku

Setiap orang pasti ada perasaan cintakan. Terutamanya cintakan orang yang kita sayang. Termasuklah diriku.

Cintaku:
Aku cintakan dia,
Aku takut kehilangannya,
Aku ingin dia sentiasa berada dihati ku,
Aku sering lakukan kesilapan dan kesalahan terhadapnya,
Aku harap dia akan sentiasa memaafkan ku,
Biarpun aku tidak pernah melihat wajahnya secara berdepan,
Aku tetap sayang dan cintakan dia,
Membaca kata-katanya amat menenangkan ku,
Aku juga sering sebut-sebut namanya,
Setiap hari ku tak sebut namanya memang tak sah,
Bercinta dengannya adalah yang paling best dalam hidup ku,
Semoga ku dapat berjumpa dengannya suatu hari nanti.

Agak-agaknya siapakah yang saya maksudkan. Kalau saya tak bagitau nanti timbul macam-macam andaian pula. Lebih baik saya bagitau rasanya. Yang saya maksudkan ialah Allah. Kata-kata Allah ialah yang terkandung dalam Al-Quran.
Rasanya masih awal untuk saya mencari seorang teman hidup. Masa masih panjang lagi dan saya perlu utamakan pelajaran saya. Jika kita mencintai seseorang, janganlah kita menyentuhnya sebelum kita kahwin. Biarpun hanya berpegangan tangan.
Dari Ma'qil bin Yasaar katanya, "Rasulullah telah bersabda:
"Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat
dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan
yang tidak halal baginya (bukan mahramnya)." (HR At-Thabrani &
al-Baihaqi, sahih).

Friday, April 15, 2011

KESAN ZIKIR PADA OTAK

KESAN ZIKIR PADA OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.



Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American,
keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



ZIKIR HARIAN


Bacalah sebanyak 1000 kali
Setidak-tidaknya bertasbihlah (Subhanallah)(Maha Suci Allah) sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)(Segala Puji Bagi Allah) 33 kali dan bertakbirlah (Allahuakbar)(Allah Maha Besar) 34 kali setiap kali lepas solat.

Thursday, April 14, 2011

Kelebihan Al-Fatihah

Kelebihan Al-Fatihah

[1]Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

[2]Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,

[3]Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

[4]Yang menguasai hari pembalasan.

[5]Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus,

[7](yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Kelebihan Al-Fatihah

1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.

Wallahualam.

Wednesday, April 13, 2011

Kelebihan Dan Rahsia Surah Al-Ikhlas

Kelebihan Dan Rahsia Surah Al-Ikhlas

  • Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
  • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
  • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

Rasululah s.a.w pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an. "Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum menjawab, "Barang siapa yang baca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya".

Dari Saidina Ali r.a dari Rasulullah s.a.w: "Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Saidatina Aisyah menerangkan: " Dari Nabi Muhammad s.a.w: Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7kali, surah Al-Falaq 7 kali dan surah AN-Naas 7 kali, maka tuhan akan melindungainya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang

Riwayat dari Saidina Ali r.a: : Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.

Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa

membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca Al-Qur'an.

Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

Tuesday, April 12, 2011

Kelebihan Ayat Kursi

Kelebihan Ayat Kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.
Allah! There is no God but He,
the Living, the Self-subsisting, the Eternal.
No slumber can seize Him, nor sleep.
All things in heaven and earth are His.
Who could intercede in His presence without His permission?

He knows what appears in front of and behind His creatures.
Nor can they encompass any knowledge of Him except what he wills.
His throne extends over the heavens and the earth,
and He feels no fatigue in guarding and preserving them,
for He is the Highest and Most Exalted.

(Al Baqara: 255)

AYAT Kursi diturunkan setelah hijrah. Ketika ayat ini diturunkan, ia diiringi oleh beribu- ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Nabi Muhammad saw segera memerintahkan Zaid Sabit menulis serta
menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang
fardu, pagi dan petang, keluar masuk rumah atau hendak musafir, insya-Allah akan
terpelihara dirinya daripada godaan syaitan, kejahatan manusia dan binatang buas yang
akan memudaratkan.

Ia bukan saja melindungi dirinya sendiri, bahkan keluarga, anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah.

Mengikut keterangan kitab ‘Asraarul Mufidah’, sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmah.
Begitu juga dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh
hingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara dia daripada segala
bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insya-Allah Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Fadilat ayat Al-Kursi mengikut hadis, Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda Baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah seperti Dia
memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan
pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika
dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan
syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan
berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi pada akhir setiap sembahyang, tidak menegah
akan dia daripada masuk syurga kecuali maut.

Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Sunday, April 10, 2011

Zikrullah

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Hakikatnya ketenteraman hati sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Tatkala persoalan hidup bertambah kompleks dan beban masalah seharian yang meningkat dari sehari ke sehari, ketenteraman hati menjadi semakin jauh dan sulit pula untuk digapai dan diperoleh setiap insan yang mengharapkannya.
Kebanyakan manusia hari ini berorientasikan kebendaan dan kepentingan peribadi masing-masing.
Bagaimana kompleksnya persoalan hidup yang melanda diri dan walau semakin berat masalah yang terpaksa ditanggung, apabila dihadapi dengan roh keimanan yang kental berserta amalan sentiasa mengingati Allah iaitu zikrullah, perwatakan, pergaulan dan ibadat, nescaya ketenteraman hati akan mewarnai keceriaan hidup sepanjang masa.

Jelas daripada pengertian ayat di atas terapi bagi orang beriman agar hati mereka menjadi tenang tenteram dan tidak pula gundah-gulana dalam melayari bahtera mengharungi gelombang hidup yang membadai dengan memperbanyakkan zikrullah. Dengan kata lain, zikrullah hendaklah sentiasa mengingati Allah ketika suka mahupun duka, di sudut hati atau benak fikiran, melalui lisan dan amal perbuatan.

Mengenai fadilat dan keistimewaan zikrullah, Allah memerintahkan setiap Muslim sentiasa berzikir kepada-Nya seperti firman-Nya dalam surah Al Ahzab, ayat 41-42 bermaksud: “Wahai orang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya. Bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”

Rasulullah tidak ketinggalan menggalakkan setiap Muslim merebut kesempatan hidup di dunia dengan memperbanyakkan zikrullah sebagai tiket memasuki taman syurga yang penuh kenikmatan.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya.” Sahabat bertanya: “Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?” Ujar Baginda: “Ialah perhimpunan zikir.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Berdasarkan nas suci itu, dapat disimpulkan amalan zikrullah amat digalakkan dalam Islam. Selain itu, zikrullah dianggap antara amalan menyerlahkan kesempurnaan identiti seseorang Muslim yang bertakwa dan juga sebahagian ciri Ibadur Rahman yang sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan doa yang tidak putus kepada Allah. Pendek kata, zikrullah petanda kepada bertakhta iman di hati dan juga bebasnya Muslim daripada belenggu sifat nifaq dan fasik yang tercela

Friday, April 8, 2011

Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga..

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat dalam hati sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Dan tidak ada pertanggungjawaban sedikitpun atas orang-orang yang bertakwa terhadap dosa mereka; akan tetapi (kewajiban mereka ialah) mengingatkan agar mereka bertakwa. (69.Al An'aam)

Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al-Quran)." Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh ummat. (90.Al An'aam)

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar merekalah orang-orang yang beruntung.(104.Ali 'Imran )


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Thursday, April 7, 2011

Persoalan 2..

Assalamualaikum.
Jika anda sering terjaga pukul 4 or 4 lebih.. Apa anda akan buat.. Apatah lagi kalau hujan.. Kalau anda jadi saya apakah yang akan anda lakukan.. Study or what... Sebab saya sering terjaga pukul 4 tapi saya tak tau apa yang patut saya buat study ke apa.. Lagipun mata mesti la berat bila terjaga dari tidur... Jangan tanya macam mana saya boleh senang terjaga pukul 4 sudah la.. Hehehe..


Tapi biasanya kalau saya terjaga saya akan melakukan qiamulail.. Biarpun mata berat, tapi kena la kelahkan syaitan.. Takkan nak biarkan syaitan berjaya menghasut kita supaya tidur balik.. Tapi kadang-kadang saya tewas juga... Huhuhu.. Tapi saya tak pernah pun jaga pukul 4 n study.. Memang ada niat nak study sekali tapi.... Tak perlu la kot bagitau..
Ok la.. saya undur diri dulu.. Nak sambung belajar..
Waalaikumsalam.

Wednesday, April 6, 2011

Migraine or what

Assalamualaikum.
Kepada kawan-kawan yang diluar sana tu.. Tolong beritahu kat saya sama ada kalau setiap hari pening kepala itu migraine atau apa. Sebab ada kawan baik saya asyik pening je bila tengah hari dan saya pula biasanya akan pening waktu lepas maghrib. Kenapa agaknya saya dan kawan baik saya tu asyik pening je.. Harap-harap walaupun saya dan kawan baik saya asyik pening mampu dapat keputusan yang bagus untuk SPM nanti.. InsyaAllah kami akan cuba bagi dapat Straight A's.

Doakan lah saya dan kawan baik saya itu agar memperolehi kejayaan walaupun kami asyik pening.. Walaubagaimana pun, pening tidak pernah mematahkan semangat saya dan kawan baik saya tersebut untuk berjaya... Kami ingin berjaya di dunia dan di akhirat..

Tuesday, April 5, 2011

Bantu Saya..

Assalamualaikum.
Saya ingin tahu pandangan anda berkaitan dengan ingin berhijrah menjadi seorang yang rajin dan berjaya.. Apa pandangan anda semua. Yang pasti keazaman memang sudah ada.. Tapi apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu.. Adakah rajin melakukan ibadah sunat atau rajin mengulangkaji.. Ingin berjaya di akhirat dan berjaya di dunia.. Jadi apa yang perlu saya lakukan.. Ke saya perlu lakukannya secara serentak.. Itupun kalau saya mampu.. Saya akan tetap berubah biarpun mengambil masa yang agak lama. Kawan-kawan saya yang diluar sana bantu la saya dan doa kan la saya dan rakan-rakan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM (Straight A kalau boleh).. InsyaAllah kami boleh..
Tanpa usaha, impian tidak akan tercapai. Tanpa doa, sukar untuk kita mencapai impian. Semoga Allah membantu saya mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Sunday, April 3, 2011

Rakan-rakan dan Guru-guru

Assalamualaikum..
Dengan keazaman ingin berubah saya perlu bermula dengan memohon maaf kepada rakan-rakan sekelas: Aliff, Ashraf, Faiz Izuddin, Mustaqim, Amir Azienuddin, Muizzudin, Hasril, Beh Chong Wu, Izzati, Husna, Oh Xuan Bei, Tarishini, Rubavaty, Lim Mei Shuan, Lim Say Ching, Mariatul, Zuhaida, Syafiqah, Mulyani, Vishalini, Kuik Xiao Hui, Teoh Peh Shan, Atikah, Hasni, Fatin n Lim Ai Tee..

Tidak lupa juga pada guru-guru yang telah mengajar saya dari form 4 sampai la form 5 : Cikgu Zuraidah (My class teacher form4), Cikgu Rokiyah(My class teacher form5), Cikgu Tan Wei Chung(Harap2 btl la ejaannya), Cikgu Tay Shieh Pei(harap2 tak salah), Cikgu Kang, Cikgu Rawaida, Cikgu Suriawati, Sir Manavalan, Cikgu Sarojini, Cikgu Siti Hajar(dari form3 sampai sekarang), Ustazah Wan Farha, Ustazah Norhayati, Cikgu Devarajan, Cikgu Norazila..

Harap-harap takda yang tertinggal.. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan, saya minta maaf atas kesalahan saya selama ini.. Mungkin yang sengaja dilakukan dan mungkin tidak sengaja dilakukan. Biasa la manusia tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan.. Kepada keluarga saya yang banyak bersabar dengan perangai saya.. Terima Kasih banyak-banyak.. Saya akan cuba mengubah diri saya agar menjadi seorang yang lebih tekun untuk belajar.. Mungkin sebelum ini, saya banyak bermain-main dalam kelas dan kurang memberi perhatian. Hehehe.. Memang susah sikit saya ubah perangai saya tu.. Demi SPM saya akan korbankan apa yang perlu saya korbankan.. Tunggukan la hadiah dari saya, iaitu hadiah yang paling bermakna iaitu result yang bagus.. Doakan la saya dan rakan-rakan yang akan menduduki SPM tahun ni.. Saya akan sanggup korbankan waktu saya untuk hadir kelas tambahan jika tiada halangan.

I must get prepare for the SPM. Hope the all my teacher and friend will help me to get prepare.

Assalamualaikum.

Saturday, April 2, 2011

Kenangan Lalu

Assalamualaikum..
Tahun ni saya dah masuk form 5 dan bakal menduduki SPM pula tu.. Dalam tak buat apa-apa tu terjumpa pula gambar tahun lepas..

Gambar gaya bebas kelas saya pada tahun lepas.. Memang macam-macam gaya kalau tak nak buat.. Haha.. Tahun ni gaya yang dibuat mesti lagi pelik rasanya.. Umur masing-masing dah meningkat ke 17 tahun.. Masa bermain pun dah kurang.. Masa untuk fokus sebab SPM dah semakin hampir.. Tahun lepas memang banyak benda best dikenang dan yang tak best dikenang.. Tapi biar la yang best dikenang itu terus dikenang dan yang tak best tu biar la ianya berlalu..

Antara perkara yang telah saya dan rakan baik saya lakukan pada tahun lepas.. First time buat kolam.. Jadi hasilnya kurang menarik.. Kolam yang bertema 1Malaysia.. Asalkan dapat kepuasan membuatnya dan menang tempat ke-3.. Hehe.. Tahun ni terpaksa la kurang kan bersuka ria dan bergiat terlalu aktif seperti tahun lepas.. Hanya tahun ni je last bersekolah.. Kena la buat betul-betul untuk SPM.. Tahun depan sekolah akan tetap dalam kenangan.. Tahun ni sukan Maktab Rendah Simpang Mara (MRSM) telah menunjukan prestasi yang bagus jadi saya dan rakan-rakan akan cuba meningkatkan prestasi pelajaran juga.. InsyaAllah kami boleh..
Doakan la kejayaan kami. Doa+Usaha+Istiqamah+Tawakal = DUIT.. Semoga dengan berkat doa anda semua dan usaha yang dilakukan oleh saya, rakan-rakan dan guru-guru akan memberikan hasil yang bagus.. InsyaAllah.. Sampai disini dulu kisah saya buat hari ni..
Assalamualaikum..