Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Wednesday, April 27, 2011

Waktu..

Suatu hari di sebuah klinik di ibu kota, kelihatan seorang datuk yang berumur dalam lingkungan 60-an datang dengan tergesa-gesa. Nafasnya tercungap-cungap. Dia segera mendaftar diri dan kemudian duduk untuk menunggu gilirannya.

Tidak lama kemudian... si datuk berjalan menghampiri kaunter di hadapan dan bertanya pada gadis yang menjaga kaunter,"Nak, sekarang pesakit nombor berapa? Bila saya boleh jumpa doktor?" "Tunggu saja encik, anda akan dipanggil mengikut giliran," jawab si gadis manis yang menjaga kaunter.

Mendengar jawapan tersebut datuk itu pun kembali duduk bersama-sama dengan pesakit lain yang juga menunggu giliran untuk dipanggil. Selang beberapa minit, datuk itu kelihatan sangat gelisah, sekejap-sekejap dia melihat jam dinding dan kemudian dia mula mundar-mandir seolah tidak sabar menanti. Sekali lagi dia menghampiri kaunter dan bertanya "Lambat lagi ke nak?" "Ya! Tunggu saja," jawab gadis yang menjaga kaunter.

Kejadian itu menarik perhatian tiga orang pelajar yang juga sedang menunggu di situ. Salah seorang berkata kepada dua orang rakannya, "Atuk tu nampak gelisah dan tak sabar kan? Dah tua macam tu bukannya ada apa-apa kerja pun... Itu pun tak boleh sabar.... tunggu je la."

Seorang kawannya mencelah, "Ha ah, kalau dah tua macam tu, buat apa nak cepat-cepat sangat. Bukannya kena kejar pergi kerja pun. Lagipun klinik ni kan lambat lagi tutup, awal lagi ni."

Kawan yang ketika hanya mendengar tanpa memberikan apa-apa respons. Dalam hatinya, timbul rasa kasihan dan simpati kepada datuk itu.

Tanpa disangka, datuk tersebut mendengar perbualan pelajar-pelajar tersebut. Dia menghampiri mereka lalu menyapa ramah, "Cu, atuk terdengar apa yang kamu cakap pasal atuk."

Terpegun seketika para pelajar tersebut. Sambung atuk itu lagi, "Memang atuk kurang sabar menunggu kat sini. Atuk dah tua, tak banyak masa lagi untuk buat benda-benda yang belum sempat atuk lakukan. Sebab inilah atuk tak sabar menunggu."

Terdiam para pelajar tadi. Mereka mengangguk-angguk kerana terpegun mendengar penerangan orang tua itu. Mereka meminta maaf. Dalam hati mereka tersemat semangat, "Aku akan menggunakan masaku sepenuhnya sebelum masa menjadi suntuk."

Daripada kisah di atas kita dapat mengambil iktibar bahawa umur manusia tidak dapat dianggarkan dengan tepat. Kita tidak tahu saat kita akan dijemput pulang. Oleh itu, manfaatkanlah waktu yang tinggal dengan perkara yang berfaedah walau di mana pun kita berada.

Al-`Asr:001
وَالْعَصْرِ
Demi masa.

Al-`Asr:002
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

Al-`Asr:003
إِلَّا الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

No comments:

Post a Comment