Islamic Widget

Followers

Wednesday, April 13, 2011

Kelebihan Dan Rahsia Surah Al-Ikhlas

Kelebihan Dan Rahsia Surah Al-Ikhlas

  • Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
  • Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, Wajiblah. Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
  • Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
  • Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
  • Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

Rasululah s.a.w pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: "Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an. "Aisyah lalu berkata, "Wahai suamiku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w sambil tersenyum menjawab, "Barang siapa yang baca tiga kali surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya".

Dari Saidina Ali r.a dari Rasulullah s.a.w: "Siapa hendak pergi musafir, kemudian ketika ia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka tuhan memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Saidatina Aisyah menerangkan: " Dari Nabi Muhammad s.a.w: Siapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat, surah Al-Fatihah 7 kali, surah Al-Ikhlas 7kali, surah Al-Falaq 7 kali dan surah AN-Naas 7 kali, maka tuhan akan melindungainya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang

Riwayat dari Saidina Ali r.a: : Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah sembahyang subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa, meskipun syaitan itu dengan sungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu.

Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan, Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa

membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca Al-Qur'an.

Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan: "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas, maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

2 comments:

  1. subhanallah. . ak da xterkate ape da. . sesungguhnya ALLAH tu Maha Penyayang. .

    ReplyDelete
  2. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Kita Ikut perintah Allah dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, InsyaAllah kita akan di tempatkan bersama dengan orang yang beriman.

    ReplyDelete