Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Thursday, March 31, 2011

Persoalan...

Assalamualaikum.
Kadang-kadang saya mesti akan terfikir macam mana saya perlu menjaga mata saya... Kalau dilihatkan zaman sekarang ramai kaum hawa yang tidak menutup aurat.. Apakah yang harus saya lakukan agar saya tidak melihat aurat kaum hawa tersebut.. Jika pandang atas, mereka tidak memakai tudung.. Jika pandang bawah, mereka tidak menutup kaki sepenuhnya.. Kalau pejamkan mata takut salah jalan or terlanggar orang pula.. Jadi apa yang perlu saya lakukan.. Bukan ke dalam Allah sendiri telah pesan agar umat Islam menutup aurat dalam surah

AL A'RAAF:26

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat."



Sebagai umat Islam, saya perlulah menjaga pandangan saya kerana itu adalah perintah dari yang Maha Esa, Allah.. Ingatlah perintah Allah yang akan menghitung diri kita suatu hari nanti.. Allah yang Maha Adil..

An-Nuur:030

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

An-Nuur:031

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.



Kepada kaum hawa yang ingat Allah tolong lah jangan dedahkan aurat anda walaupun sedikit. Saya tidak mahu mata saya terseksa lagi. Apabila saya melihat wanita yang menutup aurat, sejuk je mata memandang tapi apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat, hati saya akan mula berkata. Sesungguhnya saya hanya mampu dengan selemah-lemah iman. Kepada yang ada cadangan untuk saya menjaga pandangan sila-silakan la komen.. Sampai disini dulu perbicaraan saya buat masa ini.. Sambung lagi pada waktu yang lain..
Assalamualaikum.

Wednesday, March 30, 2011

Gila-gila seharian

Assalamualaikum..
Hari ni asyik keluar je pergi tengok perlawanan bola jaring kat sekolah sendiri.. Sekolah jadi tuan rumah untuk bola jaring la kata kan.. Keluar bagi sokongan kat sekolah sendiri kot.. Akhirnya layak juga bola jaring bawah 18.. Haha.. Waktu suku akhir dan separuh akhir adalah saingan yang boleh dikatakan agak sengit.. Apa-apa pun majukan sukan untuk sekolah.. Perlawanan separuh akhir tadi semua budak pagi turun padang tengok perlawanan tersebut termasuk la saya.. Sekolah Teknik Taiping pun ada penyokong juga dari sekolah-sekolah lain.. Macam-macam bunyi ada.. Tapi ini antara ayat yang keluar dari mulut saya dan Ashraf(yap) "bas sekolah teknik dah sampai tu.. pi balik la budak2 teknik" haha.. Jangan marah.. Terima kasih kepada Faiz dan Alif Ashraf yang telah tolong saya tadi.. Mungkin aku hari ni jadi agak gila-gila sebab lagi berapa hari je nak kena study betul-betul dan tak nak terlalu bersuka ria sangat.. Tak larat dah la nak jadi gila-gila buat sementara ni.. Ok la saya nak out dari update dah..
Masa untuk belajar pula.. Pelajaran tak boleh di lupakan juga.. Saya undur diri dulu..
Assalamualaikum..

Tuesday, March 29, 2011

Masa untuk Berubah

Assalamualaikum.
Tak lama lagi dah nak masuk bulan 4.. Jadi saya dan Ashraf(Yap) dah berazam tak nak main-main dah.. Hanya menunggu tepat pada waktunya saja.. Sementara ada masa sebelum tarikh keramat tu kena la enjoy kan diri puas-puas dulu.. Demi SPM kena la berubah betul-betul.. Tak boleh hanya cakap sahaja.. Harap-harap saya dapat berhijrah agar menjadi lebih rajin lagi lepas ni.. Tak lama lagi SPM akan tiba.. Banyak lagi yang perlu di ulangkaji.. Study first, couple maybe not now.. Tapi kalau ada peluang apa salahnya.. Hahaha.. Hari tak larat la nak tulis panjang-panjang.. Saya undur diri dulu.. Doa-doa kan la saya dan rakan saya agar dapat berubah dan menjadi pelajar cemerlang suatu hari nanti.. Selamat malam..
Assalamualaikum...

Monday, March 28, 2011

Hate me or love me

Assalamualaikum..
Hari ni cerita la pula pasal tajuk ni.. Love yang saya maksudkan tu sayang bukan cinta tau.. Siapa sayang saya.. Siapa benci saya... Mana la saya nak tau kan.. Kalau tak suka dengan saya terus terang dan bagitau je la kenapa.. Agar saya mampu mengubah diri saya.. Takda manusia yang sempurna di atas muka bumi ini.. Kalau sayang kat saya bagus la.. Yang pasti saya tak bermusuhan dengan sesiapa.. Kan tak baik kalau kita bermusuhan sesama manusia.. Kita kena la saling bermaaf-maafan.. Sebab setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan.. Siapa yang rasa dirinya tidak pernah melakukan kesilapan dan kesalahan bagitau dekat saya... Mustahil sangat2 kalau ada..
Kalau ada yang nak benci kat saya benci la asalkan jangan Allah yang benci kat saya.. Saya tak dimurkai Allah.. Saya inginkan Allah sentiasa menyayangi saya.. Jadi saya mestilah menyayangi Allah.. Istiqamah memohon keampunan daripada-Nya.. Maklaumlah saya ni bukan la manusia yang sempurna dan sering melakukan dosa yang mungkin saya tidak sengaja mahupun dosa yang sengaja dilakukan..

Ya Allah, ku mohon ampun atas segala dosa ku selama ini.. Dosa yang mungkin sengaja ku lakukan mahupun dosa yang tidak sengaja ku lakukan.. Sesungguhnya ku hanya lah hamba-Mu yang tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan dan kesalahan.. Ku tahu, ku masih belum layak untuk syurga-Mu, tapi ku tidak mahu ke neraka-Mu yang amat pedih seksaannya.. Ya Allah, ya Ghaffar.. Ampunkanlah segala dosa hamba-Mu selama ini wahai Allah penerima taubat..

I love Allah>Rasulullah>Al-Quran dan Sunnah>My Parents and Family> My Bestfriends> My Friends> My Love

Sampai disini dulu update saya buat masa ini.. Nak kena sambung belajar pula.. SPM la katakan tahun ni.. Doakan la saya agar dapat Straight A's dalam SPM ni.. Hehe.. Saya undur diri dulu..
Assalamualaikum.. :)

Sunday, March 27, 2011

Single or couple

Assalamualaikkum..
Sekarang ni tiba-tiba rasa nak cerita pasal tajuk ni.. Tak tahu la kenapa.. Mungkin sebab...... Huhu.. Tapi couple ke single aku kisah apa terima je la seadanya..

Single is easy,
Couple is happy,
Clash is sakit hati.


Betul ke tak kata-kata ku itu.. Apabila single or bersendirian kita tak perlu jaga perasaan orang sangat.. Tapi tu la manusia.. Mesti la ada perasaan ingin dikasihi.. Manusia dicipta dengan perasaan kasih mengasihi la kata kan.. Mesti kita ingin couple or mempunyai pasangan... Tapi zaman sekarang ni memang susah nak dapat pasangan yang betul-betul setia pada yang satu... Kalau ada yang betul-betul setia pada yang satu pun hanya beberapa orang je la.. Tapi adakah aku ini jenis orang yang setia pada yang satu.. Kalau nak tahu kena la tanya pada kawan-kawan ku seperti Aliff, Ashraf(yap), Mustaqim, n faiz.. Kawan-kawan ku tahu serba sedikit tentang diri ku.. Aku harap aku akan jadi seorang yang setia pada satu.. :) Kalau clash memang akan menyakitkan hati salah seorang kalau bukan dua-dua.. Tapi itu lah percintaan.. Adakalanya diakhiri dengan kegembiraan dan adakalanya diakhiri dengan kekecewaan..

Bak kata kawan ku "cinta ibarat sistem barter" ianya memerlukan satu pasangan yang ingin kasih dikasihi..

Apa-apa pun kepada pasangan yang sedang bercouple semoga korang bahagia n kepada yang single sabar je la kerana Allah telah mencipta setiap manusia secara berpasang-pasangan... Suatu hari nanti pasti bertemu.. InsyaAllah.. Kepada yang mencari, cari lah yang setia dan yang sentiasa ingat mengingati Allah.. Kalau nak tau saya single ke tak saya sendiri pun tak tahu.. Huhu..
Ok la.. Sampai disini saja cerita saya buat masa ini.. Selamat membaca dan follow2 la yer.. Nanti kan kisah yang lain pada hari yang lain..
Assalamualaikum..

Saturday, March 26, 2011

Hala Tuju

Assalamualaikum..
Bila di fikirkan, saya masih belum tahu hala tuju saya.. Dengan malas nak belajarnya and asyik main-main je.. Apa la nak jadi dengan saya ni kan.. Huhu.. Agak-agaknya hala tuju ke mana la saya lepas SPM ni.. Hala tuju pertama mestilah nak masuk syurga tapi untuk lanjut kan pelajaran.... Ke mana la agaknya..
Petang tadi pergi Karnival Jom Masuk U.. Lebih 20 ribu orang juga la yang pergi ke karnival tu.. Memang banyak universiti and politeknik yang ada.. Tapi yang jadi sasaran saya dan dua rakan yang lain mestilah yang ada kaitan dengan sains.. Seperti kejuteraan(engineer) or doktor.. Berdasarkan result ujian sekarang memang boleh masuk punya lah ke universiti yang diingankan.. Tapi saya akan buat lebih baik lagi bila trial SPM nanti.. Nanti kan la result trial SPM saya..
Ashraf, Alif, Faiz, Muiz, Mustaqim and Amir.. Jom kita buat yang terbaik untuk trial SPM nanti.. Masih ada masa lagi untuk berubah menjadi lebih rajin.. Jangan putus semangat dengan result ujian yang pertama ni.. Tak mencabar sangat ujian pertama ni.. Semoga SPM nanti kita dapat result yang TERBAIK.. Lepas tu mengejar impian masing-masing..



Jadi ku harus korbankan waktu untuk bersuka ria pada tahun ini demi kejayaan pada masa hadapan.. Jika ku memiliki si dia aku akan menjaganya dan takkan meninggalkannya dan aku tidak akan lupakan pelajaran yang amat penting dalam hidup ini..
Ilmu akan membawa ku ke masa depan yang cerah dan belajar itu adalah ibadah..

Masa terus berjalan,
SPM semakin mendekati,
Perubahan dalam diri harus dilakukan,
Semoga berjaya dikemudian hari.

Tak larat dah nak tulis sekarang ni.. Dah lewat malam dan awal pagi la katakan.. Mata sudah nak tutup... Selamat membaca dan mengikuti perkembangan saya..
Assalamualaikum..

Friday, March 25, 2011

Jangan Tidur Selepas Subuh


Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“Berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“Sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

Wallahua'lam

Sentiasa Diingatan

Assalamualaikum..
Saya sentiasa teringat kepada...... Korang agak siapa kah dia tu.. Saya ingin gambarkan bagaimana rupanya saya sendiri tak tau macam mana rupanya.. Walaupun saya tak tau macam mana rupanya tapi dia tetap di qalbu saya.. Setiap hari saya akan menyebut namanya.. Ketika hendak tidur saya akan teringat kepada dia.. Saya sentiasa takut jika saya kehilangannya dari hidup saya.. Sedangkan apabila saya terjaga dari tidur saya mesti akan teringat dia.. I love...... Biarpun saya sering diuji oleh dia tapi saya masih tetapkan dia..

Setelah diberi klu, korang agak siapa dia tu.. adakah makwe sayakah, or couple sayakah, or orang yang istimewa dalam hidup saya...

Dia ialah.... Allah.. Korang ni mesti pikir bukan-bukan kan.. Haha.. Biar hilang kekasih, jangan hilang Allah..
I Love Allah in Mylife..

Ya Allah, Sesungguhnya aku amat menyayangi-Mu. Engkau la yang maha Berkuasa ke atas diriku ini.. Ku mohon pada-Mu ya Allah agar di permudahkan segala urusan sama ada di dunia mahupun akhirat kelak.. Engkau, berikanlah ku seorang teman yang bisa menemani diri ku dan memberi sinar ke dalam hidupku. Hanya pada-Mu ku mohon pertolongan tanpa kenal erti putus asa.. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar dan Mengetahui apa yang terbaik buat diri ku ini.

Sampai disini la dulu update saya untuk hari ini.. Otak dah mula nak berehat.. Tapi tak tidur lagi.. Semoga korang happy membacanya.. Haha..
Assalamualaikum..

Sebuah Doa Dari Hati Yang Terluka..

Kubersujud didalam tangisku...

Kuberdoa didalam ketulusanku...

Masih adakah cinta untukku...???

Dan masih adakah rasa sayang yang dulu sempat aku rasakan...???

Aku rapuh...

Dan aku lelah...

Menjalani semua ini tanpa tujuan dan arah...

Aku bingung...

Dan aku gundah...

Jalan mana yang akan aku pilih untuk dapat melangkah...

Aku hanya dapat merasakan perihnya hati dan sakitnya jiwa...

Karena tak dapat apa itu namanya kasih sayang...

Please...ya Allah...

Berikan aku yang namanya kasih sayang dari orang-orang yang kusayang...

Aku tau engkau maha mendengar...

Dan aku tau engkau maha melihat...

Apa yang kurasakan hanya dapat kupendam dan aku simpan didalam hati ini yang paling dalam...

Ya Allah...

Bila engkau masih sayang padaku ya Allah...

Berikan aku satu kesempatan agar dapat menebus semua kesalahan yang pernah aku lakukan...

Dan berikan aku satu kekuatan agar dapat aku berjalan didalam kerasnya batu kerikil dan getirnya kehidupan...

Ya Allah...

Tegarkan aku disetiap langkah yang aku pilih...

Kuatkan aku setegar batu karang yang takkan tumbang walau diterpa badai dan ombak yang selalu menghadang...

Aku percaya akan engkau ya Allah...

Engkau maha penyayang segala umat yang kau ciptakan...

Dan aku percaya akan adanya kekuatanmu ya Allah...

Karena Tiada satupun yang mampu menandingi engkau..

Thursday, March 24, 2011

Cinta

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita pasal cinta la pula.. Hehe.. Nak tau saya cinta siapa kena la baca sampai habis.. Sebenarnya hari ni tak tau nak update apa... main update je la tajuk pasal cinta.. Korang semua pun mesti sedang bercinta dan mesti ingin dicintai kan... Betul tak.. Kalau tak betul bagi betul juga.. Haha.. Ok la nak mula dah pasal cinta saya...
Cinta saya yang pertama ialah cinta saya terhadap Allah.. Setiap hari saya akan menyebut nama-nama Allah dan kalau boleh saya ingin sentiasa mengingati Allah.. Korang juga mesti cintakan Allah juga kan... Kalau kita cintakan Allah, Allah akan sayangkan kita...
Cinta saya yang seterusnya ialah Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda adalah idola saya dan orang yang ingin saya contohi... Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna dalam dunia ini.. Semoga saya dapat bertemu dengan baginda dalam syurga pada akhirat kelak.. Saya juga cintakan Al-Quran dan Sunnah.. Sebab kedua-duanya adalah panduan hidup buat diri saya.. Kalau takde Al-Quran dan Sunnah dalam diri saya, boleh sesat saya rasanya..
Saya cinta akan keluarga saya.. Sudah semestinya.. Keluarga lah orang yang paling hampir dengan saya sejak saya baru lahir lagi.. Anda semua pun mesti cinta akan keluarga juga kan.. Terutamanya ibu dan bapa..
Alamak, dah nak sampai kepada orang yang istimewa buat saya.. Sabar la kalau nak tahu.. Sabo je la.. haha.. Kawan-kawan saya sayang sama korang semua.. Terutamanya kawan baik saya, Ashraf(Yap), Aliff, Faiz, Mustaqim, Muiz, Amir.. Semoga kita berjaya dalam SPM tahun ni.. Dan orang yang saya cintai ialah... Perlu ke saya bagitau siapa kah si dia.. Kalau nak tahu kena la tunggu apabila sudah tiba masa yang sesuai.. Haha.. Asalkan si dia tahu yang saya cinta akan dia sudah la.. Jangan marah yer..
  1. I Love Allah
  2. I Love Rasulullah
  3. I Love Al-Quran dan Sunnah
  4. I Love My Family
  5. I Love My Friend
  6. I Love U
Ok la.. Sampai disini dahulu cerita saya buat masa ini.. Saya akan update lagi pada masa akan datang.. Jadi follow2 la saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Assalamualaikum..

Wednesday, March 23, 2011

Saat yang Dinantikan

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita tentang apa pun tak tau sebenarnya.. Tiba-tiba teringat pula nak tulis saat yang dinantikan... iaitu... Keputusan SPM bukan dapat couple ke apa la... haha... Saya ucapkan tahniah kepada yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM pada tahun ini.. Kepada yang mungkin kurang bernasib baik, janganlah cepat putus asa.. Orang yang paling penting saya ucapkan tahniah ialah kepada kakak saya... kakak kandung bukan kakak angkat ok... Alhamdulillah, kakak saya telah mendapat Straight As.. Tahniah kakak...
Kalau kakak saya boleh dapat Straight As, bermakna saya pun boleh.. Kejayaan kakak saya telah membangkitkan semangat saya untuk berusaha mendapat Straight As juga.. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, di mana ada keazaman, di situ ada kejayaan.. Semoga saya turut dapat keputusan seperti kakak saya.. Kepada kawan-kawan saya juga, saya harap kita dapat keputusan seperti yang kita inginkan.. Gagal sekali tidak bermakna gagal buat selamanya.. Dengan kegagalan yang dimiliki akan bertukar menjadi semangat untuk kita perbaharuinya.. Biar gagal sekarang, jangan gagal waktu SPM.. Kepada rakan-rakan yang lain doakan la kejayaan saya bersama kawan-kawan agar kami turut berjaya seperti orang yang telah berjaya..
Sampai disini saja la cerita saya buat masa dan ketika ini.. Saya akan bersambung semula pada waktu yang lain dengan topik yang lain...
Assalamualaikum...

Tuesday, March 22, 2011

Tak Lama Lagi

Assalamualaikum..
Hari demi hari berlalu dah nak keluar result SPM bagi calon 2010..
Kepada calon-calon SPM 2010 Good luck and hope u all can get the best..
Kalau result SPM dah keluar... Maknanya tak lama lagi SPM pula dah..
Macam mana ni... Banyak lagi yang tak diulangkaji.. SPM dah semakin hampir..
Nampaknya terpaksa la berhijrah daripada malas kepada rajin..
Study smart, work hard... tapi yang buat hanyalah study smart, work hard nya belum lagi..
Dah tak boleh main-main dah... SPM dah semakin hampir.. cukup la berehat... Kepada kawan-kawan ku yang bakal menduduki SPM pada tahun ni, semoga kita semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. SPM adalah penentu masa depan kita.. Jadi janganlah buat tak kisah saja dengan SPM yang bakal tiba tidak lama saja lagi..
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, di mana ada keazaman, di situ ada kejayaan..
I love exam.. haha.. Nampaknya perlu la minat pada semua subjek yang belajar.. Kalau tak minat, terpaksa minat kan juga....
Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Jika kita mampu bangun pada waktu malam untuk belajar, mengapa kita tidak bangun waktu malam itu untuk berdamping dengan Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya.. Sesungguhnya Allah yang maha Berkuasa.. Banyakkan bersolat sunat dan yang wajib jangan dilupakan.. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.. Belajar juga tidak boleh di abaikan..
Good luck to all SPM candidate..
Nampaknya ada lagi kerja nak buat ni.. Terpaksa berhenti menulis.. Teruskan la mengikuti blog saya dari semasa ke semasa.. Jumpa lagi di kemudian hari..
Assalamualaikum.

Sunday, March 20, 2011

Sahabat ku Adalah Musuhku dan Kawan Baikku

Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita la sikit pasal sahabat baik ku..
Kawan-kawan saya semuanya baik-baik walaupun perangai kami mungkin sedikit gila-gila..
Gila-gila bukan bermaksud gila ok... Korang nak tahu ke siapa sahabat baik ku itu??
Mereka ialah Ashraf(yap), Aliff(Shro), dan Faiz... Mereka semua memang kawan ku yang terbaik..
Ingat senang ke nak dapat kawan yang macam mereka.. Tapi kadang-kadang mereka akan menjadi musuhku.. Musuh yang teramat sangat.. Musuh sebab pelajaran la bukan sebab perempuan ok.. Persaingan sihat la katakan.. Kami sering berlumba-lumba nak markah tinggi..
Ada subjek yang mereka pro dan ada subjek yang mereka sidikit lemah termasuk lah aku.. Adakalanya aku dapat markah rendah dari mereka semua dan adakalanya markah aku melebihi mereka... Kalau ditanya study ke tak... Mesti akan cakap kami mana study.. Kami main je lebih study nya kurang.. Haha... Tapi demi SPM tahun ni kami akan berubah cara pembelajaran..
Kawan-kawan mari kita buktikan kepada ibu bapa, cikgu2 dan rakan kita yang lain yang kita akan mendapat keputusan yang TERBAIK... Sahabat sejati sentiasa dihati...

Kepada sahabat-sahabat yang lain, tolong la doakan kejayaan kami dalam peperangan yang menentukan masa depan kami..

Ya Allah, berikan lah hidayah serta petunjuk dari-Mu.. Bantuilah aku agar memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Aku hanya mampu berdoa kepada-Mu, Tuhan yang maha Berkuasa dan maha Agong. Bantuilah aku agar mampu memperolehi straight A dalam SPM yang akan ku duduki pada tahun ni.. Sesungguhnya Engkau maha Mendengar dan Maha bijaksana.. Perkenan kan lah doa ku ini ya Allah.. Amin..

Saturday, March 19, 2011

Peringatan bagi yang bercouple

Assalamualaikum. Penat juga rupanya nak kemaskini blog. Janji puas hati tengok blog yang telah di buat. Mesti anda tertanya-tanya kan kenapa saya tulis tajuk yang tu.. Saya cuma tak nak umat Islam terlalu ikut hawa nafsu dan ajakan syaitan. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai pasangan yang tidak menjaga limitasi antara laki dengan perempuan. Janganlah kita bercouple menyebabkan kita mendekati zina kerana Allah telah berfirman agar tidak mendekati zina.

Al-Israa`:032

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

Biarpun Allah telah berfirman yang manusia dicipta secara berpasang-pasangan dan Allah juga ada berfirman agar kita menjaga pandangan kita

Fathir:011

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuzh). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.

An-Nuur:030

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

An-Nuur:031

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Biarpun manusia dilahirkan dengan perasaan cinta dan sayang akan sesuatu seperti dalam firman Allah:

Ali-`Imraan:014

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Jika kita mencintai dan menyayangi seseorang itu, kita sepatutnya membimbing dia agar mencintai Allah yang Maha Agong dan menyayangi Rasulullah. Bukankah itu lebih baik dari ajak si dia itu berdating, berpegangan tangan dan melakukan perkara mungkar yang lain. Ingatlah jika anda melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH pasti ada azab yang menanti diri anda.

Janganlah jadikan bercouple menyebabkan kita terlupa kepada Pencipta kita iaitu ALLAH, tapi jadikan lah ianya sebagai teman yang saling ingat mengingati ALLAH.

Pupuklah diri kita agar menjadi seorang cinta akan ALLAH dan Rasulullah. BImbinglah diri kita agar menjadi seorang yang beriman dan soleh mahupun solehah agar kita tidak terpengaruh dengan hasutan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Allah, ku pohon pada-Mu agar dikuatkan iman agar hasutan syaitan dan hawa nafsu dapat ku tewaskan. Ya Allah lindungilah diriku agar ku tidak terlibat dengan perkara yang mungkar jika ku berada dalam percintaan. Sesungguhnya ku hanyalah hamba-Mu yang lemah, daif dan kerdil. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Berkuasa, Maha Agong, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Ni pertama kali nak belajar gunakan blog. Alang-alang susah nak tido lebih baik buat blog. Boleh la isi masa yang terjaga ni. Di samping tu boleh la hilang kan bosan di waktu pagi-pagi macam ni. Waktu macam ni memang best tido dan kalau tido pasti susah nak bangun balik. Tapi bagi saya waktu macam ni la best untuk berjaga. korang nak tau kenapa... Sebab waktu macam ni suasananya amat tenang dan tenteram. Idea pun banyak masuk waktu macam ni. Blog saya ni mungkin akan ada unsur-unsur seperti ingin berdakwah.. Lagipun kalau anda ada add saya di Facebook dan ikuti perkembangan saya mesti anda akan dapat lihat saya meletakkan hadis dan kadang-kadang maksud ayat suci Al-Quran. Jadi kat blog ni boleh la berdakwah sambil bercerita.. Ok.. Sampai disini la dahulu cerita saya.. Nak tido lebih kurang sejam lepas bangun balik.. Ikutilah perkembangan di hari yang akan datang..
Selamat malam (walaupun dah pukul 3.10 am)..