Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Tuesday, March 22, 2011

Tak Lama Lagi

Assalamualaikum..
Hari demi hari berlalu dah nak keluar result SPM bagi calon 2010..
Kepada calon-calon SPM 2010 Good luck and hope u all can get the best..
Kalau result SPM dah keluar... Maknanya tak lama lagi SPM pula dah..
Macam mana ni... Banyak lagi yang tak diulangkaji.. SPM dah semakin hampir..
Nampaknya terpaksa la berhijrah daripada malas kepada rajin..
Study smart, work hard... tapi yang buat hanyalah study smart, work hard nya belum lagi..
Dah tak boleh main-main dah... SPM dah semakin hampir.. cukup la berehat... Kepada kawan-kawan ku yang bakal menduduki SPM pada tahun ni, semoga kita semua berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.. SPM adalah penentu masa depan kita.. Jadi janganlah buat tak kisah saja dengan SPM yang bakal tiba tidak lama saja lagi..
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, di mana ada keazaman, di situ ada kejayaan..
I love exam.. haha.. Nampaknya perlu la minat pada semua subjek yang belajar.. Kalau tak minat, terpaksa minat kan juga....
Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakal

Jika kita mampu bangun pada waktu malam untuk belajar, mengapa kita tidak bangun waktu malam itu untuk berdamping dengan Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya.. Sesungguhnya Allah yang maha Berkuasa.. Banyakkan bersolat sunat dan yang wajib jangan dilupakan.. Semoga Allah memberi kejayaan kepada kita.. Belajar juga tidak boleh di abaikan..
Good luck to all SPM candidate..
Nampaknya ada lagi kerja nak buat ni.. Terpaksa berhenti menulis.. Teruskan la mengikuti blog saya dari semasa ke semasa.. Jumpa lagi di kemudian hari..
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment