Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Friday, July 22, 2011

Dua Golongan Yang Akan Menjadi Ahli Neraka

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk Syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi Syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

KETERANGAN

Kebenaran sabdaan Rasulullah S.A.W. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakar kita pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, perempuan tersebut memakai pakaian tapi tak menutup ataupun pakaian dipakai itu adalah nipis sehingga membolehkan orang melihat warna kulit. Selain itu, ada yang menutup aurat tapi dikatakan telanjang kerana pakaian yang dipakai membolehkan orang nampak bentuk badan. Di samping itu, ramai dikalangan perempuan muslim yang bertudung tapi bersanggul dan adakalanya kelihatan seperti goh unta. Ingatlah bahawa bersanggul diharamkan dalam Islam.

*Daya imaginasi seorang lelaki itu adalah tinggi. Maka,pakailah pakaian yang menutup aurat dengan betul dan bertudunglah dengan betul agar lelaki tidak dapat memikirkan bentuk badan anda dan rupa anda jika tidak bertudung.

No comments:

Post a Comment