Islamic Widget

Followers

Listen to Quran

Sunday, May 1, 2011

Sayangkan Rasulullah

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Pernahkah anda bertanya pada diri anda, adakah Rasulullah akan gembira melihat apa yang berlaku sekarang?
Pada pendapat saya, pasti Rasulullah akan berasa sedih sangat. Hal ini demikian kerana telah banyak umat Baginda yang telah melanggar perintah Allah. Jika kita lihat zaman sekarang, aurat umat Islam semakin terdedah terutamanya kaum Hawa. Kerana nak ikut trend pemakaian zaman sekarang, perintah Allah sanggup diabaikan. Selain itu, umat sekarang tidak berasa malu dan takut apabila berpegangan tangan antara yang bukan mahram. Apakah mereka ini tidak diajar ilmu agama? Atau mereka tidak takut akan azab Allah? Janganlah kita lupa siapa diri kita ini. Kita semua adalah makhluk Allah dan suatu hari nanti kita pasti akan kembali kepada-Nya. Sanggupkah anda biarkan Rasulullah berasa sedih. Rasulullah yang amat menyayangi umatnya sehingga sebelum Baginda wafat, Baginda menyebut, "Umatku, umatku". Selain itu, ketika Malaikat Jibrail memberitahu Rasulullah tentang neraka. Rasulullah jatuh pengsan apabila Malaikat Jibrail memberitahu siapakah penghuni neraka pintu ke tujuh(Neraka Jahannam). Iaitu orang-orang yang melakukan dosa besar dari kalangan umat Baginda. Lalu Baginda menangis setelah terjaga dari pengsan.
Betapa sayangnya Baginda kepada kita. Tidakkah anda sayang akan Baginda juga? Wahai sahabat-sahabatku marilah kita mengubah cara hidup kita agar kita berlandaskan syariat Islam sepenuhnya dan tidak melanggar perintah Allah.

Assalamualaikum..

I Allah, I Rasulullah, I Al-Quran and Sunnah, I My Family,
I My Self, I My Friend, I You.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

No comments:

Post a Comment